Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Masjid

Hari Jumaat. Aku nak berkongsi sedikit pengalam aku. Macam biasa tgh hari Abg Zul, pick-up aku ke Masjid untuk solat Jumaat.



Perjalanan menuju ke Masjid

Apa yang ingin aku ceritakan disini adalah mengenai kesungguhan beberapa individu ataupun organisasi dalam menegakkan syiar Islam di bumi Korea.  Mengikut statistik kerajaan Korea pada tahun 2005: 46% rakyat Korea tidak mengikut mana-mana agama, 29.2% Christians (18.3% Protestants 10.9% Catholics) Buddhists 22.8%. Berdasarkan statistik hanya 0.09% populasi di tambah 100,000 pekerja asing / pelajar beragama Islam.

Jadi untuk mencari Masjid menggunakan mata di Korea amatlah sukar kerana hanya beberapa bangunan sahaja di negara ini yang sekali pandang kita tahu itu masjid. Masjid di Iteawon, Seoul adalah salah satu contoh:-


Masjid Besar di Iteawon, Seoul.

Apa yang aku kagumi adalah kesungguhan pekerja asing yang berasal dari pelbagai negara bersatu atas nama Islam bekerjasama dalam membangunkan masjid-masjid di Korea ini. Gambar di bawah adalah masjid yang berhampiran dengan rumah aku.




Asal bangunan tersebut adalah tempat bermain billiard dan karaoke tapi telah di renovate menjadi masjid. Jika di teliti gambar tersebut masih terdapat papan tanda billiard. Mungkin bangunan masjid ini tidak se-gah masjid-masjid yang terdapat di Malaysia, namun usaha mereka ini sangatlah di hargai kerana amat sukar untuk mendirikan masjid di sini. Semoga Allah memberkati dan merahmati mereka.

Berbalik pula kepada kita. Begitu banyak masjid yang indah-indah, selesa, besar namun  ramai yang mensia-siakan. Ketika azan berkumandang memanggil untuk solat Jumaat, masih ramai yang terus minum di warung-warung sambil bergelak ketawa. Itu untuk waktu sembahyang Jumaat, bagaimana dengan waktu-waktu yang lain? Sementara nikmat Islam masih melimpah di Malaysia, di mana masjid mudah di temui hargailah. Sebelum tiada lagi waktu itu. Dan jangan pula mencari masjid ketika nak kahwin atau solat jenazah sahaja. Yang lebih teruk cari masjid ketika nak guna tandas semata-mata. Hormatilah dan hargailah rumah Allah.

p/s: aku bukan seorang yang alim. apa yang aku tengok aku cakap. terlebih kurang harap maaf. kepada abg Zul yang sentiasa menumpangkan aku terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah memberkati & merahmati kamu.

www.tips-fb.com

2 comments:

  Anonymous

May 6, 2011 at 4:00 PM

Kekalkanlah syahadah suci-Mu ini di hati kami.. ameen..

  Afizi Ahmad

May 6, 2011 at 4:02 PM

Amin

Anda juga mungkin meminati...