Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Kenangan Gaming #1

Sambil-sambil dok tgk album gambar-gambar lama tertengok plak beberapa gambar. Biar la aku tulis cerita pasal gambar-gambar tu sebagai kenangan gaming #1. recall balik bila aku start main game tu----- 12 Januari 2010.




Game online PERTAMA aku! Walaupun skrang aku da x main game lagi, game nie adalah sebahagian dari memori aku// Runes of Magic. Masa tu aku guild leader untuk orang Malaysia. Tapi tak ramai orang Malaysia yang main game nie. Jadi guild aku ada la dalam 5 orang termasuk diri aku. AHHAHAHAHHAHAHHA nak form party pun x cukup :(

Credit kepada pokloh, din & urth. Penghargaan terbaik kepada:-


My wife a.k.a Lidmidori / Applelid. Dalam Real-life pun lepak sekali, dunia maya pun lepak sekali. Masa nie kitaorang tgh lepak dekat satu pulau Elf, nak naik atas nie kena panjat pokok. Nie macam jambatan gantung , jungle canopy walk. selalu je kitaorang lepak atas nie.


Kalau nak cerita satu-satu pengembaraan tu bleh buat novel fiksyen. 



Gambar kat atas nie adalah 1st meeting clan kami, masa tu dalam clan lain lagi sini la secret meeting (rumah aku dalam game) dan setelah 1 jam lebih berbincang kami bersetuju nak tubuhkan nama Pendekar.


Nie gambar favorite aku, hari-hari terakhir di game nie. Masa tu kitaorang beli baju satu set~ dua2 hijau ^^Tiap-tiap kali kitaorang tgk gambar nie mesti tersenyum :)


Dan begitu la lebih kurang kisah cinta di alam maya. HAHHAHAHHA.


ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

1 comments:

  Anonymous

May 6, 2011 at 7:31 PM

sweet like chocolate.. hehe

Anda juga mungkin meminati...