Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Kisah Benar

Mari aku ceritakan apa yang pernah terjadi kepada aku dan peristiwa ini sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala aku walaupun telah lama berlaku. Seingat aku kalau x salah berlaku pada 4 tahun yang lalu. Pada suatu petang aku lepak-lepak di depan rumah. Tiba-tiba aku ternampak seorang pakcik tua menolak motosikal kerana kehabisan minyak lalu aku menghampiri pakcik itu dan meng-oferkan diri aku untuk membantunya. Aku pun "menunda" motor pakcik tu sampai ke rumahnya yang agak jauh dari rumah aku. Selepas itu aku terus balik ke rumah.



Selepas beberapa hari, aku pun keluar bersiar-siar jauh dari rumah aku menaiki motosikal. Kawasan yang aku pergi kali ini di dalam kampung yang ber-geography-kan hutan tebal. DING! motor aku abis minyak, duit satu sen tak ada dalam poket. Allah! Kalau nak tolak jauhnya... Time nie baru nak ingat Allah. Nie la sikap manusia time susah baru nak ingat Tuhan. Aku berhenti tepi jalan, dan selepas 10 saat berfikir aku mengambil keputusan untuk menolak motor tu balik ke rumah (mungkin 3 jam baru sampai rumah kalau aku tolak). Langkah pertama aku terus terlintas "Aku pernah tolong tunda motor pakcik aritu, semoga Allah menolong aku juga seperti Allah tolong pakcik motor aritu" Langkah kedua, Langkah ketiga. "Dik!!! Bakpo tu?" (Adik kenapa tu?) aku terdengar suara makcik-makcik yang sedang menunggu ikan memanggil aku. Selepas bercerita, makcik-makcik menyuruh budak kecik pergi beli minyak motor. "Syukur yang tidak terhingga pada Allah" Dalam hutan tebal ada rumah jugak~

Aku pun balik rumah mintak duit dekat mak aku, beli kuih pergi tempat makcik-makcik tadi dan hadiahkan mereka kuih~ 

ALL IN?: I call
www.tips-fb.com

2 comments:

  CT

May 3, 2011 at 12:25 AM

moto kapcai ke ni? hehehe

  Afizi Ahmad

May 3, 2011 at 3:51 AM

ya

Anda juga mungkin meminati...