Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Pengorbanan Memerlukan Kesabaran...



Salam Aidiladha atau dengan lebih sinonim lagi Selamat Hari Raya Korban. Bercakap soal Hari Raya Korban terdetik rasanya ingin menulis mengenai pengorbanan. Ini bukan pengorbanan aku tetapi aku terfikir berapa ramainya orang yang sanggup bekorban demi melihat kebahagian aku.

Ibu Bapa, adik- beradik, saudara mara dan rakan-rakan. Terlalu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan sehingga tidak mampu untuk diterjemahkan melalui tulisan. Namun semua pengorbanan kalian kekal tersimpan di dalam diri ini sehingga akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua dan hanya Allah yang mampu membalas semua pengorbanan kalian.

Sambil mendengar takbir di youtube, mata melihat facebook, dan jari menaip di google wave aku tertanya-tanya juga apakah pengorbanan aku kepada mereka? www.tips-fb.com

2 comments:

  Anonymous

November 26, 2009 at 8:29 PM

selamat hari raya Aidiladha

  Anonymous

February 18, 2010 at 9:40 PM

Mungkin pengorbanan yang bakal kita lakukan tak setanding dengan pengorbanan yang telah diterima...
Tetapi cukup untuk kita cuba lakukan sesuatu yang bergelar pengorbanan bagi membalas setiap pengorbanan yang telah diterima....
Ak juga sedang cuba untuk melakukan sesuatu yang bergelar pengorbanan untuk insan yang paling bermakna dalam hidup ak...
Insan yang bergelar "Ayah dan Mak"

Anda juga mungkin meminati...