Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

My GAME: Sejarah dan Pengalaman

Mengimbau kembali sejarah, pengalaman dan kenangan pahit manis dalam subjek kali ini iaitu: GAME. Apa yang ditulis adalah berdasakan kisah benar (LOL) sejarah perkembangan evolusi game yang aku lalui. Game yang aku maksudkan adalah electronic game bukannya board game atau outdoor game. Lets BEGIN. Player 1; press the START BUTTON >

1992: Ini adalah tahun pertama! Masa nie umur aku 8 tahun. Selepas berjaya memujuk ayah; aku dapat satu hadiah game "console" iaitu:-


INFO: Sedikit sejarah mengenai game "TETRIS". Tetris adalah puzzle video game yang direka dan diprogramkan oleh Alexey Pajitnov yang berasal dari Soviet Union. Di keluarkan pada June 6, 1984.

Ok. Berbalik kepada cerita aku, game nie ada banyak level namun aku tidak pernah berjaya menghabiskan level terakhir. :( Namun game ini adalah game pertama dan begitu banyak kenangan kerana ia juaga adalah hadiah :D Cuba kita lihat zaman sekarang; apakah Game yang budak2 berumur 8 tahun main? PS3, XBOX, PC game, Wii, dan sebagainya. WOW!!!  Bandingkan dengan TETRIS ni? ROFL. They pwn me! -OWNeD-

1996: Umur masa nie 12 tahun. Dulu tetris solo player; sekarang da bleh main game secara ramai2 ataupun 2 orang. Tanpa membuang masa lagi; mempersembahkan benda ajaib di zaman aku dulu yang menjadi kegilaan budak2. Info tambahan: aku pernah tengok ayah member aku pun main. LMAO!!! Ok memperkenalkan:-



WARNING: Ini bukan kaset!!!


Macam PS1; ini design baru selepas PS1 keluar, console yang sebenar untuk "Cartridge Game Console" lebih classik~ sedikit info: Bermula 1970-1990 kebanyakkan home-video game adalah bersistemkan cartridge, Selepas itu teknologi menggunakan CD, banyak syarikat2 game yang besar2 telah beralih kepada teknologi CD.

Berbalik kepada pengalaman aku; masa nie selalu je gi main game nie umah Arwah Najhan dan Arwah Idham. (teringat plak kat dua orang sahabat ini. Semoga Allah merahmati kalian)

1998: Ketika ini era PC game aku telah bermula. Ketika ini juga level of friendship telah melangkah kepada beyond imagination~~~ my BEST gaming buddy:-


Sedikit info mengenai salah seorang gamer yang di kategorikan sebagai LEGEND; with all respect! ~Salute~

In game name: Eruadan (present game)
Gaming experience: more than 20 years
Famous for: Zombie Ate my Neighbour, Bomberman, Digimon
Favorite Games: Red Alert, Bomberman, Allods Online
Special: spend more than 24th hour in cc- pure grinder-hardcore-gain high respect in gaming community- known as HARDCORE ERU 



Ok!!! jom kita tgk game apa yang selalu kitaorang main pada masa nie:-





Sebenarnya banyak lagi game yang main masa nie tapi nak senarai semua banyak sangat; tapi 3 game nie sangat mengimbau kenangan... huhu. Masa cepat berlalu; 1997-1999 boleh dikatakan zaman kegemilangan PC game. sehingga pada suatu hari di tahun 2000.


2000: Masa nie zaman SONY PLAYSTATION. PS 1 ke PS 2. Terlampau banyak game! Tetapi game paling banyak main masa nie adalah:-



Kami mula bermain Winning Eleven 3 sehingga TERBARU (2011). Sedikit info: Winning Eleven adalah keluaran syarikat KONAMI bermula pada tahun 1995. Untuk versi America dikenali sebagai Pro Evolution Soccer. 

Dan gamer pilihan untuk zaman ini tidak lain tidak bukan adalah:-


Nama (in game): ED
pengalaman bermain Winning Eleven: lebih dari 13 tahun

Beliau adalah pemain Winning Eleven terbaik di Kelantan khususnya, dan pernah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Winning Eleven se-Malaysia yang bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang disertai oleh lebih kurang 100 pemain PES/Winning 11 serata Malaysia


2008-2011: Pada masa nie aku sudah meninggalkan PS3 sebagai game console dan kembali kepada PC game. Iaitu ONLINE GAME! Mungkin agak lewat namun jom check game Online yang aku main:-


1st ONLINE game aku main!!! RUNES of MAGIC. susah nak lupa game nie sebab terlampau banyak nak cerita kenangan kat sini~ lebih2 lagi; kalau perhatikan betul2 gambar di atas... siapakah sebelah aku itu? hahahahahahha dannnnn gamer untuk zaman ini jatuh kepada my WIFE! kerana sudi menemani aku lepak dalam game sekali, dia farm aku pau. PWN! namun setelah terlampau lama main game nie kami mengambil keputusan untuk bersara... :(((

Next....


DOTA. Game yang aku main bukan sebab graphic tetapi GAMEPLAY. Malas nak hurai banyak tapi credit juga kepada gamers seperti:-
1. hamakijuki
2. eksyen kame
3. channel ppmk
4. all the seinz,gg,

Seterusnya aku pegi ke satu game yang lama gak kitaorang main. memperkenalkan:-



ALLODS ONLINE!!!

Free game. Nak cerita tunggu entri lain kali plak. Panjang gak cerita dia macam allods. Di pendekkan cerita check video kat bawah :)))

Pegembaraan aku :-


Antara game2 yang mengimbau kenangan adalah ketika di ss2 bersama piko, joe n taiman seperti:-

1.PES
2. COUNTER STRIKE
3. AGE OF EMPIRE

Inilah sedikit-sebanyak mengenai pengalaman dalam subjek game ^^.
Sekarang nie aku jarang sangat dah main game

-GAME OVER-


My Gaming Spec:-



TopSync : 24' inch Monitor
Jooyontech: 21' inch Monitor
AMD Athlon 64 X2 Dual Core Processor 4200+ 2.20GHz
4GB RAM
Windows 7 Ultimate 32-bit Operating System
NVIDIA GeForce GTS 450
LG mouse (PID)
Cosy keyboard


(NOOB spec HAHAHA) 
:D


ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

3 comments:

  Anonymous

May 1, 2011 at 8:39 PM

nice

  Rooney

May 1, 2011 at 10:29 PM

Jom lawan PES!

  Afizi Ahmad

May 1, 2011 at 10:29 PM

Aku x pandai~ ED pandai

Anda juga mungkin meminati...