Ibu bapa di rumah makan nasi dengan garam.
Aku malu jika boleh bekerja dari pukul sembilan pagi sampai pukul enam petang,
Tetapi tidak boleh nak cukupkan 5 waktu sembahyang.
Aku malu jika sanggup mengaji di sekolah dan universiti bertahun-tahun lamanya,
Tetapi hanya mengaji Quran sekali dua dalam setahun sahaja.
Aku malu jika begitu cepat melihat salah orang,
Sedangkan silap sendiri selalu di ketepikan.
Aku malu jika menganggap diri ini penuh dengan ilmu,
Sedangkan terlampau banyak lagi yang tidak aku tahu.
Aku malu jika aku lebih takut kepada orang,
melampaui ketakutan kepada Tuhan.
Aku malu jika begitu hebat dilihat sebagai "keyboard warrior" melontarkan pelbagai idea dan peringatan,
Walhal, cuma ingin di sanjung, di angkat orang.
Khamis / 11:51Pm / 28.4.2011
ALL IN?: I call!
0 comments:
Post a Comment