Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Karenah- karenah manusia di Facebook



Ok! cerita dia bermula begini....

Aku start ada account facebook pada tahun 2008.. sepanjang 2 tahun lebih ada account nie bermacam2 benda aku tgk. Dari layout fb yang berubah-ubah. (huhuhu suka layout yang dulu2) sampai ke pelbagai ragam manusia yang menggunakan fb. Antara perkara2 yang aku perati dalam fb nie adalah:-

1. Double Personality?

HAHAHHAHAHHAHHAHA.... yang nie pelik. Aku confius... ada org2 yang aku kenal, mereka di kategorikan dalam kategori manusia yang pendiam. Ya aku kenal kamu memang pendiam! Tp bila dalam FB kenapa character anda menampakkan anda seperti hyper active dan seorang yang banyak bercakap??? Pelik :O begitu active dalam comment gambar, dalam chat dan tidak lupa juga kepada status update. Sekarang anda bukan berada dalam kategori pendiam lagi. Tahniah! Jom lepak minum kopi kat luar sekali!!!Jom borak2 Aik??? diam balik? Tp takpe kita lepak kat fb je la k :)))

2. Menyindir @ direct to the point

HAHAHHAHAHHAHAHHAAH..... bila update status akan berbunyi sindiran2 pedas, luahan ketidak-puasan ati kepada "seseorang" tanpa menyebut nama. Sedangkan benda begitu terang lagi bersuluh. La.... baik g cakap face to face yang kau x puas hati dgn dia kan? sebab walaupun x sebut nama, org yang baca status tu akan perasan gak sebab..... mereka yang suka tulis status2 begini mesti add "musuh" mereka as a friend gak supaya "musuh" ini sedar bila disindir. kalau x kenapa mereka tulis status2 begini? nak suruh sapa baca? Aku???? Arghh xde masa hahahahhahahhah

3. Update status 10 minit sekali

Kat HOME penuh nama dia.... WOWOWOOWOWOWO bagi peluang kat org lain gak wei,,,, HAHHAHAHAH ...

4. Bergaduh kat FB

ada yang bergaduh kat FB dengan pelbagai kes! wooooo ada berapa friends dalam fb 400? 500? 2k? HAHHAHA semua org tgk wooo... dah2 buat perangai cam org dewasa sket :P

5. Suka ambik Quiz

Xpe2 aku tau kamu boring... g ah main Poker

6. Member lama dulu2...

Mula2 add chatting dengan penuh semangat pada hari pertama!!!! borak bukan main panjang tanya khabar bla bla bla.. Esok diam balik. Haaa da xde modal nak bercerita kot. Sapa suruh g abiskan cerita dalam satu hari?????

7. 24 jam online.

Yes!!! nie adalah aku. AKu on je fb 24/7 tp tak active.

8. Suka kongsi link2 nasihat / peringatan/ tips /petua dan berita terkini

Yang nie aku respect!!! Haaaaa... akhirnya ada gak nampak gunanya sket fb nie.

Kalau nak cerita banyak lagi kerenah dalam nie tapi bab kata member aku saudara K-E "Facebook ini ibarat rancangan "Melodi" tapi cast dia adalah rakan2 kita" Secara peribadi bagi aku fb da x macam dulu lagi. Dulu best sebab rakan2 yang betul2 kita kenal je. Sekarang??? entah? kawan atas kawan? atau kawan atas kawan atas angin? hahahahhaa.... di tambah dengan sedara mara, mak ayah, datuk nenek anak sedara, cucu kepada jiran, cikgu sekolah rendah menengah, kawan kepada cikgu kita, semua jadi kawan kita. Woot ^^ janggal plak rasa. Yang member2 da jadi bos kalau teman2 rapat dok maki2 kat wall, sedangkan pekerja2 diorang pun add as a friend. AIk bukan bos aku garang? ooo gila2 gak dia rupanya. Itu tak pe lagi, yang add emak as a friend? aik bukan anak aku baik????? HAHHAHAHAHAHAH! ya fb memang connect people. tp terlebih CONNECT! Kena disconnect balik nie.

Sekarang bagi aku fb nie macam YM/Skype atau ape2 benda yang guna untuk chatting je. cuma lebih menarik sebab dapat tau perkembangan semasa dgn tgk update gambar. Tu je kot. Tp korang nak buat apa korang buat je la sebab tu fb korang. lainla aku bleh hack fb korang boleh dikira kita kongsi fb. Kan? Mintak ampun dan maaf kalau terkasar bahasa. Anggap gurau2 je k? Kan kita kawan? Ok good luck have fun ^^

ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

1 comments:

  YAYA

May 2, 2011 at 2:44 AM

biasa la manusia

Anda juga mungkin meminati...