Kali nie cuma sempat berhari raya di rumah Sumaiyah... Terima kasih kerana sudi menjemput kami dan menyediakan masakan yang sedap... Hari Raya yang penuh bermakna tetapi kekurangannya tiada keluarga dan rakan-rakan bersama. Peace...
Kawan-kawan semua photographer hebat2... nak beli kamera macam mereka xmampu... jadi aku cuba try untuk guna kamera digital murah untuk ambik gambar.... Quality? xmampu menandingi mereka... Skill? lol~ buat lawak ke ape nie... so ape yang ader? Noob!
Salam Aidiladha atau dengan lebih sinonim lagi Selamat Hari Raya Korban. Bercakap soal Hari Raya Korban terdetik rasanya ingin menulis mengenai pengorbanan. Ini bukan pengorbanan aku tetapi aku terfikir berapa ramainya orang yang sanggup bekorban demi melihat kebahagian aku.
Ibu Bapa, adik- beradik, saudara mara dan rakan-rakan. Terlalu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan sehingga tidak mampu untuk diterjemahkan melalui tulisan. Namun semua pengorbanan kalian kekal tersimpan di dalam diri ini sehingga akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua dan hanya Allah yang mampu membalas semua pengorbanan kalian.
Sambil mendengar takbir di youtube, mata melihat facebook, dan jari menaip di google wave aku tertanya-tanya juga apakah pengorbanan aku kepada mereka?
Look around yourselves Can't you see this wonder Spreaded infront of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony
Let's start question in ourselves Isn't this proof enough for us Or are we so blind To push it all aside.. No..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Q: Salam... Apa khabar? A: Salam.. Khabar baik Q: Sepatah kata menggambarkan kehidupan anda sekarang? A: Syukur Q: Bagaimana persiapan anda mengenai kehidupan selepas tamat belajar? A: konflik, dilema dan buntu memelih keputusan diatas pilihan. Q: Apakah nasihat anda untuk terus dalam kehidupan? A: Sejauh mana kita berlari, suatu hari nanti kita pasti berhenti. Q: Soalan terakhir.... saudara tidak pergi kelas ke arini? A: Ops.. lupa plak.. on the way now.. bye...
Apa yang aku belajar di Korea? Secara zahirnya aku sedang belajar pasal tourism.
Tetapi,
Hakikat sebenarnya aku sedang belajar mengenai kehidupan. Sebuah transformasi drastik kehidupan aku sendiri yang memerlukan jangka waktu yang panjang untuk difahami. Jujur aku katakan yang aku tersentak dengan apa yang aku lihat, dengan apa yang aku lalui, menyebabkan aku terpaksa berfikir kembali adakah selama ini langkah aku silap? ada ruang lagikah untuk diperbetulkan? Dimanakah perlu aku bermula? Dan persoalan ini terlintas di hati seorang perantau yang dahagakan perubahan baru dalam kehidupan~
Baru balik dari Incheon. Selama kat sana sgt2 happy sebab 1st dapat g Nami Island pastu ader event Annual Dinner kat Sindorim. Pengalaman kat Namisom sgt2 cool... selama kat Inha happy sangat2 xtau la nape... setiap detik dipenuhi aktiviti mcm2 main bowling, lepak2, edit gambar :p, layan lagu... gelak ketawa hahahhaa...
tiba-tiba!
terdetik pasni xde org dah sebab ramai balik Malaysia.. sedihnya.. banyak dah pengalaman macam nie aku lalu. Baru nak rasa serasi lepak, tiba2 kena blah... sama ada aku atau member2.
Teringat plak kat member2 di Malaysia. Kenapa aku rasa makin lama kita makin jauh? Makin banyak aku xtahu pasal korang... Walaupun ader internet.. face to face contact to aku rasa paling penting. Serius aku rasa jauh tertinggal... tiba2 rasa sunyi abis. sebab tu aku ada masa menaip lagi nie.
Kawan2 kat Malaysia... dah setahun lebih aku kat sini, kenapa kita rasa cam jauh??? baru setahun... ada lagi 2 tahun lagi kena aku lalaui kat sini. Adakah relationship kita masih lagi serupa kalau aku balik atau aku terkial2 seorang diri sebab terlampau tertinggal jauh.
*Pertama kali tgk keindahan bunga sakura... Masa nie kat DYTC*
Plan nak balik winter vacation telah dibatalkan! Sebab? Nak menghabiskan percutian di sini! Nak main snowboard (sebenar nak ambik gambar bermain snowboard!!!) Ya! Itu dua perkara yang berbeza.. hahaha. Aku x nak expect banyak sangat kali nie. Dapat satu percutian yang menarik sudah. Roger~