Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Syukur

Selalunya orang mengaitkan syukur dengan nilai kewangan semata-mata. Ketika dapat duit bersyukur~ bagus tindakan tersebut, Namun pernahkah kita terfikir syukur sebenarnya mempunyai ruang ataupun perspektif yang sangat besar. Dalam kehidupan kita seharian mungkin juga kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat sihat. Bayangkan sekiranya kita sakit dan memerlukan perbelanjaan beratus ribu ringgit untuk pembedahan,  kos rawatan dan sebagainya; secara tidak langsung dengan nikmat sihat, Allah telah hindarkan kita daripada masalah tersebut. Bagaimana pula seorang yang kaya-raya, mempunyai harta berbilion ringgit, namun Allah menarik nikmat makan? atau terlantar sakit di hospital? apakah maknanya harta yang bertimbun? 

Sekadar mengajak memperluaskan perspektif bersyukur. Alhamdulillah syukur pada Allah, dan Maha Suci Tuhan segala puji hanya layak bagiNya. Pada hari Jumaat, 15 Julai 2011 aku di kurnianya seorang cahaya mata bernama Aisyah. Jika ingin ditukarkan dengan segala isi dunia, tidak sesekali! Oleh itu jangan mengeluh sekiranya dari segi harta kita kurang, kerana Allah sebenarnya mengurniakan kita nikmat lebih dari apa yang kita sedari.


Aisyah ketika nie berumur 4 hari ^^

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  16:18

BAGAIMANA PULA DENGAN NIKMAT ISLAM? SUDAHKAN KITA BERSYUKUR???
www.tips-fb.com

0 comments:

Anda juga mungkin meminati...