Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

KITA


Kita hidup tidak lama, Tak semua benda yang kita nak, kita dapat.
Tak rugi jika bersabar, dan beruntunglah mereka yang bersyukur.
Selalu kita risau memikirkan hari esok, dan apabila tiba hari esok,
Kita risau pula akan lusa. Mengapa tidak kita memilih untuk menikmati hari ini?
Perkara yang paling jauh dengan kita tentulah masa silam.
Mati itu pasti, hidup belum tentu lagi.

Selalu kita dengar berat mata memandang berat lagi bahu memikul,
Redhalah kerana Allah tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) 
melainkan sekadar yang terdaya olehnya.


Sabar mungkin boleh dipupuk dengan masa,
Kerana alah bisa tegal biasa.
Namun syukur tidak semudah yang di sangka,
Kerana kita mudah bersyukur dengan nikmat harta,
Tetapi lupa bersyukur akan nikmat Islam yang Tuhan berikan kepada kita.

4:10pm 3 May 2011
Deagu.
www.tips-fb.com

1 comments:

  Imran@Copenhagen

May 3, 2011 at 9:00 PM

bersyukur itu ciri orang beriman..

Anda juga mungkin meminati...