Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

FLO-WE-RS

Sambil-sambil lepak bawah tadi sempat snap beberapa keping gambar noob~









www.tips-fb.com

50% - Perantau



Progress aku rasa dalam 40-50% dah untuk siapkan benda nie. Nanti kalau panjang umur, masa da lepas semua bila buka balik blog nie tgk moment nie mesti mengimbau kenangan. Sekarang nie da masuk fasa III, stage terakhir dalam edisi perantau kali nie. Hmmm... Tak lama lagi kena start life baru balik.

Sambil-sambil tu nak recall balik kisah merantau aku. 1997: Umur 13, 1st time kuar dari rumah utk merantau. Tahun 2000-2001: Nie ja masa aku sempat spend rumah sebab sekolah n dok umah. 2002-2011: Merantau lagi. Eh rasa nak kira plak berapa tahun da total. Dekat 13 tahun! Wooo...  Rupanya-rupanya dkt separuh umur aku, aku merantau. 

Balik ni aku kalau bleh nak kembali ke kampung halaman~ Maybe bertenang situ dulu setahun. Ada rezeki merantau lagi. InshaAllah.

p/s: adakah aku perantau warrior? LOL

www.tips-fb.com

Hobi

Ada orang suka kumpul setem, kotak mancis, gelas, duit syilling dan berbagai-bagai juga lah subjek yang di kumpul. 3 tahun dahulu aku bercita-cita nak kumpul satu subjek yang boleh di jadikan kenang-kenangan nanti~ Bermula pada tahun 2008 aku pikir-pikir nak kumpul apa eh? DING! Aku nak kumpul t-shirt dan aku nak focus cuma satu jenama. Bermula pada hari itu aku research2 pasal t-shirt dan aku jumpa satu jenama yang sesuai utk dikumpul kerana t-shirt tu di keluarkan limited. Jadi sekiranya telah di keluarkan maka tidak akan di produce lagi. Dan mulai hari itu aku telah mengumpul satu jenis t-shirt bernama GRANIPH.

baju yang aku kumpul

Untuk menambah lagi kepayahan, aku bercadang tidak akan mengumpul dengan cara membeli baju yang baru. Aku mestilah mengumpul dengan mencarinya macam adventure^^ lol. (sebenarnya tak mampu nak beli yang baru) HAHAHAHA. Sepanjang 3 tahun mencari aku dapat la kumpul sket2. Kredit kepada Che sebab menolong aku dalam pengembaraan mengumpul~ Dan inilah sedikit sebanyak koleksi aku setakat nie. Ingat nanti kalau da cukup banyak bleh wat frame n pameran art (senilah sgt)





p/s: masa kecik-kecik try kumpul setem, tapi EPIC FAIL sebab terguna setem tu untuk hantar surat

www.tips-fb.com

Me


First of all, don’t judge me by what you have seen in me because what you have seen in me is only what I have chosen to show you .

Soon i will become a father ^^ 

Every father should remember that one day his son/daughter will follow his example instead of his advice. Never tell your problems to anyone... 20% don't care and the other 80% are glad you have them. ^^ 

In my life i have bunch of great friends, and true friends stab you in the front. They knows all about me and still like me ^^ LOL.

p/s:  its better to keep your mouth shut and give the impression that you are stupid than to open it and remove all doubt

www.tips-fb.com

Random

Bila di renung-renungkan kembali. Hmm... terlalu banyak nak diceritakan, tapi biarlah aku ringkaskan biar mudah faham~



Random pic 1: ambik dekat depan Daegu Unviversity



Random pic 2: lokasi sama

Sebenarnya bukan kebahagiaan yang membuat kita bersyukur. Tapi bersyukurlah yang membuat kita bahagia. Nampak mudah, tapi..... hmmm...

www.tips-fb.com

Newborn

Hari ini kawan baik aku di jangka menjadi ayah~ Semoga selamat semuanya. Kalau ada gambar anak dia nanti aku updatekan sekali gambar disini ^^Aku selalu mengimpikan generasi baru dapat membawa perubahan yang besar terutamanya dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam. Kalau dulu generasi sebelum aku menghadapi zaman dimana mereka berdepan dengan pelbagai adat dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Kemasukkan budaya-budaya barat yang menjadi kebanggaan. Generasi sekarang pula dimana ilmu mudah diperolehi, ramai yang mula sedar akan betapa pentingnya Islam terutamanya golongan muda. Di harap generasi akan datang lebih mantap iman dan akhlak. Mungkin sekiranya di lihat dari sudut normal makin lama makin teruk. Aku cuba melihat dari sudut positif dan sentiasa berharap the next generation will perform better! Dan kepada sahabatku Syazili & Ila, Tahniah! Hargai anugerah Allah. 


Nie Gambar anak diorang ^^




www.tips-fb.com

Masjid

Hari Jumaat. Aku nak berkongsi sedikit pengalam aku. Macam biasa tgh hari Abg Zul, pick-up aku ke Masjid untuk solat Jumaat.



Perjalanan menuju ke Masjid

Apa yang ingin aku ceritakan disini adalah mengenai kesungguhan beberapa individu ataupun organisasi dalam menegakkan syiar Islam di bumi Korea.  Mengikut statistik kerajaan Korea pada tahun 2005: 46% rakyat Korea tidak mengikut mana-mana agama, 29.2% Christians (18.3% Protestants 10.9% Catholics) Buddhists 22.8%. Berdasarkan statistik hanya 0.09% populasi di tambah 100,000 pekerja asing / pelajar beragama Islam.

Jadi untuk mencari Masjid menggunakan mata di Korea amatlah sukar kerana hanya beberapa bangunan sahaja di negara ini yang sekali pandang kita tahu itu masjid. Masjid di Iteawon, Seoul adalah salah satu contoh:-


Masjid Besar di Iteawon, Seoul.

Apa yang aku kagumi adalah kesungguhan pekerja asing yang berasal dari pelbagai negara bersatu atas nama Islam bekerjasama dalam membangunkan masjid-masjid di Korea ini. Gambar di bawah adalah masjid yang berhampiran dengan rumah aku.




Asal bangunan tersebut adalah tempat bermain billiard dan karaoke tapi telah di renovate menjadi masjid. Jika di teliti gambar tersebut masih terdapat papan tanda billiard. Mungkin bangunan masjid ini tidak se-gah masjid-masjid yang terdapat di Malaysia, namun usaha mereka ini sangatlah di hargai kerana amat sukar untuk mendirikan masjid di sini. Semoga Allah memberkati dan merahmati mereka.

Berbalik pula kepada kita. Begitu banyak masjid yang indah-indah, selesa, besar namun  ramai yang mensia-siakan. Ketika azan berkumandang memanggil untuk solat Jumaat, masih ramai yang terus minum di warung-warung sambil bergelak ketawa. Itu untuk waktu sembahyang Jumaat, bagaimana dengan waktu-waktu yang lain? Sementara nikmat Islam masih melimpah di Malaysia, di mana masjid mudah di temui hargailah. Sebelum tiada lagi waktu itu. Dan jangan pula mencari masjid ketika nak kahwin atau solat jenazah sahaja. Yang lebih teruk cari masjid ketika nak guna tandas semata-mata. Hormatilah dan hargailah rumah Allah.

p/s: aku bukan seorang yang alim. apa yang aku tengok aku cakap. terlebih kurang harap maaf. kepada abg Zul yang sentiasa menumpangkan aku terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah memberkati & merahmati kamu.

www.tips-fb.com

Kisah Budak Kampung

Sekarang ni aku dalam proses untuk menghasilkan buku ke-2 bertajuk ALL IN: Kisah Budak Kampung. InsyaAllah akan cuba untuk memberi yang terbaik~ Aku reveal cover buku tu dulu hehehe:-



Untuk download preview buku nie sila tengok sebelah -------->
aku ada letak link untuk ebook pdf. Free download.

ALL IN?: I call!

www.tips-fb.com

Children's Day, Quality & Slumdog Millionaire

Di Korea 5 May adalah Children's Day. Holiday! Jadi aku ke Jongangno. Saje je jalan-jalan. Heh~ Sebelum kuar posing dulu :P



Lebih kurang sejam perjalanan sampailah aku ke Jungangno.




Ok jom kita tgk apa ada dekat sini....... JOM!




Ramai orang. Kami tak tau nak gi mana. Sebab dulu selalu je datang sini. Sebab sampai pun lewat kami mengambil keputusan untuk makan dulu. Terus ke kedai yang biasa kitaorang makan.




Lepas makan, plan nak tengok wayang. Tapi last-last gi kedai buku.



Lepak sambil baca-baca buku. Akhirnya kami pulang ke rumah dengan:-


Begitulah perjalanan untuk hari ini. Heh~ Gambar last sebelum balik di subway~ :D


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sebalik tabir:

Ok. Lepas aku makan dekat kedai seafood, masa aku keluar aku ternampak:-


Woot! Banyak betul aku tengok McD & KFC fail di Korea. Tu salah satu kedai McD yang terpaksa di tutup di sebabkan tak laku. Aku pun mula berfikir kenapa McD ini tak laku sedangkan di Malaysia TOP~

Aku kemukakan beberapa kesimpulan:-

1. Rakyat Korea sokong product sendiri iaitu Lotteria. Jadi susah McD nak cari makan kat sini. hehe.

2. Kalau nak compete McD kena offer product yang sama quality macam McD. Bukan bercakap soal quality makanan sebab fast-food bukanlah berkhasiat. Aku bercakap mengenai service quality; tangible @ intangible dan Lotteria offer service setaraf McD. Tidak di nafikan customer mempunyai pilihan untuk memilih, namun bila terjadi situasi membuat pilihan mereka kebiasaannya akan memilih yang terbaik bagi mereka sekiranya mereka mampu. 

3. Di Malaysia kita sentiasa melihat organisasi atau individu yang menyeru untuk memboikot product-product yang berasal dari Israel. Namun manusia mempunyai sifat pentingkan diri sendiri terutamanya bab makan. LOL~ jika mengatakan dengan support product Israel kita seperti menolong Israel dalam penganiayaan ke atas rakyat Palestin. Mungkin ketika dengar mereka sedikit terdetik untuk memboikot namun apabila lunch hour mereka tetap ke fast-food. Jadi bagi aku la, sekiranya kita nak boikot kita juga kena offer product replacement kerana customer selalu berhadapan dengan pilihan. Selalu kita katakan boikot dan belilah product kita. Namun customer tetap tidak memilih product kita kerana QUALITY! Di Korea  kedai fast-food Lotteria pwn McD! Sebab bila rakyat Korea nak beli fast-food mereka ada pilihan McD & Lotteria dan dua2 kedai nie sama dari segi service, kedai, makanan dan sebagainya. Di situlah mungkin semangat patriotik menjadi another adding factor/value untuk orang Korea memilih Lotteria. Di situ aku lihat teknik cerdik untuk counter. Situasi berbeza di Malaysia kerana untuk fast-food customer tiada pilihan, jika ada pun quality tidak setanding.

4. Tinggalkan dulu soal marketing atau branding kerana terlebih promotion takut jadi macam filem 2Alam (no-offence). Develop quality dulu kalau nak compete untuk naikkan jenama tempatan. Dan semestinya mentaliti memainkan peranan penting dalam hal ni.

5. Dan bagi aku, aku x makan sgt fast-food sebab aku orang kampung. Kena makan nasi hari2. hehehhe. Lagipun tak berkhasiat~

~Sekian terima kasih, ini cuma pandangan bukan fakta, terlebih terkurang harap maaf~


ALL IN?: I call

www.tips-fb.com

WE


Dalam membina relationship yang baik sikap mementingkan diri sendiri hendaklah di jauhi. Namun sedar atau tidak kemungkinan berlaku situasi di mana kita terpaksa mementingkan diri sendiri. Pengorbanan harta selalu dihargai, namun bagaimana pula pengorbanan tenaga?

All IN?: I fold
www.tips-fb.com

Kenangan Gaming #1

Sambil-sambil dok tgk album gambar-gambar lama tertengok plak beberapa gambar. Biar la aku tulis cerita pasal gambar-gambar tu sebagai kenangan gaming #1. recall balik bila aku start main game tu----- 12 Januari 2010.




Game online PERTAMA aku! Walaupun skrang aku da x main game lagi, game nie adalah sebahagian dari memori aku// Runes of Magic. Masa tu aku guild leader untuk orang Malaysia. Tapi tak ramai orang Malaysia yang main game nie. Jadi guild aku ada la dalam 5 orang termasuk diri aku. AHHAHAHAHHAHAHHA nak form party pun x cukup :(

Credit kepada pokloh, din & urth. Penghargaan terbaik kepada:-


My wife a.k.a Lidmidori / Applelid. Dalam Real-life pun lepak sekali, dunia maya pun lepak sekali. Masa nie kitaorang tgh lepak dekat satu pulau Elf, nak naik atas nie kena panjat pokok. Nie macam jambatan gantung , jungle canopy walk. selalu je kitaorang lepak atas nie.


Kalau nak cerita satu-satu pengembaraan tu bleh buat novel fiksyen. 



Gambar kat atas nie adalah 1st meeting clan kami, masa tu dalam clan lain lagi sini la secret meeting (rumah aku dalam game) dan setelah 1 jam lebih berbincang kami bersetuju nak tubuhkan nama Pendekar.


Nie gambar favorite aku, hari-hari terakhir di game nie. Masa tu kitaorang beli baju satu set~ dua2 hijau ^^Tiap-tiap kali kitaorang tgk gambar nie mesti tersenyum :)


Dan begitu la lebih kurang kisah cinta di alam maya. HAHHAHAHHA.


ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

KITA


Kita hidup tidak lama, Tak semua benda yang kita nak, kita dapat.
Tak rugi jika bersabar, dan beruntunglah mereka yang bersyukur.
Selalu kita risau memikirkan hari esok, dan apabila tiba hari esok,
Kita risau pula akan lusa. Mengapa tidak kita memilih untuk menikmati hari ini?
Perkara yang paling jauh dengan kita tentulah masa silam.
Mati itu pasti, hidup belum tentu lagi.

Selalu kita dengar berat mata memandang berat lagi bahu memikul,
Redhalah kerana Allah tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) 
melainkan sekadar yang terdaya olehnya.


Sabar mungkin boleh dipupuk dengan masa,
Kerana alah bisa tegal biasa.
Namun syukur tidak semudah yang di sangka,
Kerana kita mudah bersyukur dengan nikmat harta,
Tetapi lupa bersyukur akan nikmat Islam yang Tuhan berikan kepada kita.

4:10pm 3 May 2011
Deagu.
www.tips-fb.com

Kisah Benar

Mari aku ceritakan apa yang pernah terjadi kepada aku dan peristiwa ini sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala aku walaupun telah lama berlaku. Seingat aku kalau x salah berlaku pada 4 tahun yang lalu. Pada suatu petang aku lepak-lepak di depan rumah. Tiba-tiba aku ternampak seorang pakcik tua menolak motosikal kerana kehabisan minyak lalu aku menghampiri pakcik itu dan meng-oferkan diri aku untuk membantunya. Aku pun "menunda" motor pakcik tu sampai ke rumahnya yang agak jauh dari rumah aku. Selepas itu aku terus balik ke rumah.



Selepas beberapa hari, aku pun keluar bersiar-siar jauh dari rumah aku menaiki motosikal. Kawasan yang aku pergi kali ini di dalam kampung yang ber-geography-kan hutan tebal. DING! motor aku abis minyak, duit satu sen tak ada dalam poket. Allah! Kalau nak tolak jauhnya... Time nie baru nak ingat Allah. Nie la sikap manusia time susah baru nak ingat Tuhan. Aku berhenti tepi jalan, dan selepas 10 saat berfikir aku mengambil keputusan untuk menolak motor tu balik ke rumah (mungkin 3 jam baru sampai rumah kalau aku tolak). Langkah pertama aku terus terlintas "Aku pernah tolong tunda motor pakcik aritu, semoga Allah menolong aku juga seperti Allah tolong pakcik motor aritu" Langkah kedua, Langkah ketiga. "Dik!!! Bakpo tu?" (Adik kenapa tu?) aku terdengar suara makcik-makcik yang sedang menunggu ikan memanggil aku. Selepas bercerita, makcik-makcik menyuruh budak kecik pergi beli minyak motor. "Syukur yang tidak terhingga pada Allah" Dalam hutan tebal ada rumah jugak~

Aku pun balik rumah mintak duit dekat mak aku, beli kuih pergi tempat makcik-makcik tadi dan hadiahkan mereka kuih~ 

ALL IN?: I call
www.tips-fb.com

2 Kerusi sama

Gambar dua kerusi sama, tapi masa yang berbeza. Kerusi ni dalam University tempat aku belajar~ Aku ambik pada 15 December 2009, dan pada 15 December 2010 aku ambik sekali lagi. Motif? saja-saja.





(15 December 2009)


(15 December 2010)


 Maksud tersembunyi bagi aku adalah
"Masa berlalu, persekitaran mungkin berubah, tetapi kita tetap kita"
www.tips-fb.com

Quran Explorer

Satu website yang berguna; dimana terdapat dalam website tersebut Al-Quran explorer dan Hadith explorer. Untuk Al –Quran terdapat bacaan Al-Quran yang yang boleh di pilih Qarinya (11 orang setakat ini) dan juga terjemahan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia. Jika ada masa terluang silalah layari dan semoga mendapat manafaat yang berguna:- 




www.tips-fb.com

Bola & Kedai Mamak

Ramai orang minat bola. Tapi yang x best bila terlampau fanatik, bergaduh, caci-maki, dari real-life kepada fb, youtube, forum dan sebagainya. :( Tak salah nak minat bola, biar berpada-pada. Tu satu cerita, cerita kedua plak, jap layan gambar bola dulu...




Dah puas tgk bola? ok cerita kedua plak, biasanya peminat bola nie suka tgk bola kedai mamak. Yang tak bestnya, banyak aku perhatikan cara kita panggil mamak yang ambik order dgn cara yang sangat kasar, pastu marah2, maki hamun dan sebagainya. Huhuhu. Macam hamba plak. Betul mungkin mereka hina di mata kita, namun siapa tahu mungkin mereka lebih mulia pada pandangan Allah?

ALL IN?: I fold
www.tips-fb.com

Blog Review: Koleksi Kuliah

Untuk mendapatkan koleksi Kuliah: Ustaz Shamsuri Ahmad


Dalam bentuk (.mp3) anda bolehlah ke http://shamsurimp3.blogspot.com/p/muat-turun.html 


Koleksi bermula dari tahun 2000-2011.  





ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

Sofware Review: ShutDown Timer

Selalu terlelap ketika mendengar kuliah, ceramah, menonton movie dan sebagainya. Computer @ laptop anda terus ON tetapi tuannya tidur? Ingin jimat tenaga? Gunakanlah sofware Vista Shutdown Timer (juga boleh digunakan untuk Windows 7) Anda cuma perlu set-timer dan computer anda akan auto-shutdown. Menjimatkan electric dan computer juga perlu rehat :)



ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

Sofware Review: Adobe Lightroom



Kepada sesiapa yang tidak tahu langsung untuk edit gambar, tiada camera mahal untuk mengambil gambar, JGN RISAU! Aku perkenalkan sebuah sofware yang sangat berguna:-


Di bangunkan oleh Adobe System untuk MAc OS X dan Microsoft Windows. Sangat-sangat mudah untuk di gunakan.Terdapat version 1.0 sehingga 3.4. Sesuai untuk Photo-post production. Terdapat pelbagai preset yang di upload dan percuma di website-website. 



Edit gambar cuma dengan 1 CLICK!

Nak contoh? Ok:-

Gambar nie aku ambik menggunakan Digital Camera Samsung KENOX S1070



SEBELUM LIGHTROOM


SELEPAS LIGHTROOM

Sebenarnya aku bukan pandai ambik-ambik gambar atau edit, cuma at least lain sket result dia :)

ALL IN?: I call!




www.tips-fb.com

Jalan-jalan Home Mart

Hari nie gi jalan-jalan kat Home Mart
~ sekian terima kasih ~






ALL IN?: I fold


www.tips-fb.com

Anda juga mungkin meminati...