Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Formula Matematik T3rbalik - Suatu Perkongsian

Formula Matematik T3rbalik - Suatu Perkongsian


WARNING: Mungkin aku silap kira



Salam semua... mungkin entry nie agak panjang so tanpa membuang masa ayuh kita lihat dan sama-sama mengira satu formula matematik terbalik. Untuk mengiranya aku telah membuat satu carta yang aku gelarkan "Buku Sifir Bakal Ibu Mertua":-



(ini adalah rate standard yang aku tetapkan berdasarkan pengalaman dengan mengetepikan faktor-faktor kekayaan bapa anda, perkahwinan artis, ketamakan bakal ibu mertua anda dan sebagainya. Rate mungkin berbeza-beza dan kebarangkalian untuk menjadi lebih tinggi itu banyak dan lebih rendah juga tidak mustahil)



Aku mengemukakan satu formula dengan berpandukan buku sifir dia atas:-


SIFIR WANG HANTARAN + PELBAGAI KOS LAIN=
NO BERTUAH ANDA DALAM RINGGIT MALAYSIA


Nota: pelbagai kos lain merujuk kepada kad kahwin, nak renovate rumah, hantaran, baju, pelamin untuk bersanding (bagi yang nak follow cara agama lain), dan juga pelbagai persiapan yang boleh kita anggarkan maybe paling murah RM5,000. Murah sgt? OK kita katakan RM7,000. Setuju?

Bila diterjemahkan formula itu kepada nombor:

WANG HANTARAN RM7,000 (mengambil angka pertengahan bagi berlaku adil) +
PELBAGAI KOS LAIN RM 7,000= NO BERTUAH ANDA RM 14,000

untuk mengira dengan selamat aku tambahkan RM1K sebagai duit back-up kalau ade apa2 so TOTAL= RM15,000


So tu adalah harga standard kena ada kalau nak kahwin adalah RM15,000

Bagi yang kaya sila baca sampai sini sahaja kerana pengiraan selepas ini adalah untuk org2 yang miskin macam aku

Katakan kita start kerja umur 23, sebab maybe baru abis belajar or baru dapat kerja. Jom kita kira bilakah kita dapat menyediakan no bertuah itu dengan sendiri?

GAJI SEBULAN: RM1,000~RM1,500


bleh simpan berapa agak2 sebulan selepas tolak sewa rumah duit makan tambang bas @ minyak motor dan bla..bla..bla... ape??? duit gaji pun xcukup terpaksa pinjam member bila hujung bulan? oooo.... ok2 kita save rm300 sebulan nak? bole kot...

RM300(secara konsisten) x 50 bulan @4.16667 tahun= RM15,000

so 23+4=umur 27 @28 bleh la kita kahwin

kalau nak short cut: LOAN

Apa yang aku nak berkongsi disini adalah janganlah tekan2 sangat pasal duit kepada bdk2 yang baru je kerja.. kesian.. bila org masuk merisik first tanya kerja apa??? bagus la sebab xkan nak bagi anak dara makcik makan pasir kan? pastu tanya pakai kereta ape???? pastu letak hantaran tinggi2 sebab 1.terpengaruh ngan cerita puteri gunung ledang 2.sebab anak jiran dah tinggi hantaran masa kahwin dulu. Yeah makcik!!! lawan tetap lawan! 3. Mana bole anak oi.... akak dia kahwin dulu pun camtu harga dia... ye la akak dia kahwin ngan anak org kaya.... kita??? nak makan roti ngan kaya sebulan pun susah .

Teringat plak cerita dulu-dulu yang famous gak:-

Bakal Mak Mertua: Anak kerja ape?
Wakil: Kerja driver je...
Bakal Mak Mertua: ooo.. sorry la ye.. anak saya tu dah ada org yang nak.. supervisor kat kilang dia kerja
Wakil: Oh yeke...Ok bye

Bakal Mak Mertua:(hmmmm.... keja driver nak bagi makan apa nanti anak aku?) huhh!

Wakil: (anak aku kerja driver kapal terbang tapi nape org xnak...huhuhu)

Wahai ibu-ibu tersayang! Apa kata kita tanya budak tu sembahyang cukup tak? Bleh ke agak2 nak pimpin anak aku nie dunia akhirat? Bab makan tu xyah risau la makcik woiii Tuhan ada.. kalau rajin dan halal rezeki dicari sikit pun cukup. Kalau banyak pun xhalal nak buat ape? Lapar sgt ke anak makcik2 sekalian? Pernah ke dalam sehari anak makcik xmakan ape2 langsung??? Tgk entry gua dah jadi panjang sebab membebel.... Tgk balik la pernikahan zaman moden sekarang... begitu gah dimata kita tp sampai bila? Bahgiakah mereka? atau cuba memuaskan hati org lain? Betul jodoh pertemuan ditangan Tuhan... tp sementara Tuhan bagi peluang kenapa kita mengucar-kacirkan keadaan?


Aku tinggalkan anda semua dgn sesuatu:-

Rukun nikah mengandungi 5 perkara:

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. Dua Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul

ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

0 comments:

Anda juga mungkin meminati...