Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Antara Keyboard Warrior, Troll & Spammer

Siapakah mereka? Apakah tujuan mereka? Mari kita sama-sama melihat 3 species yang aku kesan di dalam alam cyber. Mungkin pandangan aku betul; atau mungkin salah. Bagi aku tidak kiralah Keyboard Warrior, Troller atau Spammer mereka adalah sebahagian dari warna-warni dunia cyber.

1. Keyboard Warrior

Definisi bagi keyboard warrior adalah:-

 "A Person who, being unable to express his anger through physical violence (owning to their physical weakness, lack of bravery and/or conviction in real life), instead manifests said emotions through the text-based medium of the internet, usually in the form of aggressive writing that the Keyboard Warrior would not (for reasons previously mentioned) be able to give form to in real life. "

Banyak aku lihat dalam facebook, youtube dan beberapa web /thread/ laman sosial. Berdasarkan definisi di atas mungkin anda juga selalu melihat keyboard warrior di mana-mana dalam internet. Dalam cyber world mereka di lihat hebat namun apa yang berlaku dalam real life adalah sebaliknya. :( No komen.





2. Troll


Definisi bagi troller:-

"One who purposely and deliberately (that purpose usually being self-amusement) starts an argument in a manner which attacks others on a forum without in any way listening to the arguments proposed by his or her peers. He will spark of such an argument via the use of ad hominem attacks (i.e. 'you're nothing but a fanboy' is a popular phrase) with no substance or relevence to back them up as well as straw man arguments, which he uses to simply avoid addressing the essence of the issue."


HAHAHAHAAHAAH!!!! TROLL!!! banyak aku jumpa dalam game. Biasanya game RTS seperti DOTA. kepada gamerz "troll" adalah individu yang senang di jumpai. Kekadang aku juga troll! HAHAHAHA. kalau dalam website troll boleh di jumpai dengan mudah di fb atau youtube. Troll dan Flamer ada sedikit perbezaan, di mana flamer biasanya memulakan dan seterusnya di serahkan kepada Troller~





3. Spammer

Definisi bagi Spammer banyak, tapi aku focus untuk definisi ni:-

1. Someone who post needless amounts of crap on a forum.
2. Someone who sends too many e-mails to the same person.
3. Someone who will up a chat window with the same thing repeatedly, or something that means nothing at all.

HAHAHHAHA~ kadang-kadang dalam debat internet teknik troll dan spam menang sekiranya vs keyboard warrior. Namun pada pemerhatian aku teknik spammer adalah TERBAIK selepas Troll sekiranya ingin di gunakan di dalam game bergantung kepada pihak lawan / Teknik troll juga bagus. Pernah satu Fan Page di jatuhkan oleh spammer n troller~ Fan page di fb. Siapa punya. heh~ cari sendiri.




Akhir kata kepada keyboard warrior, troll atau spammer pelbagaikan lagi teknik anda~ LOL

ALL IN?: I fold
www.tips-fb.com

My Music: Revolusi Muzik Aku

Sebelum nie aku dah ceritakan tentang sejarah gaming aku, kini kita beralih kepada sejarah perkembangan muzik aku. Hmmm... mana nak mula dan bila nak mula. Ok kita balik ke tahun 1994. JOM!!!

1994-1996: Masa nie umur 10-12 tahun jadi apakah taste muzik aku? Jap nak ingat balik~ ok! mula2 di sebabkan aku orang kelate automatically muzik aku pada masa nie adalah.... :-


DIKIR BARAT

haaa... masa kecik2 selalu dengar dikir barat~ kalau pegi pasar malam selalu je dengar. Aku juga adalah ahli dikir barat dulu2 masa sekolah~ lagu yang masih terngiang-ngiang sampai sekarang adalah:-

"Burung ngobok jambo....lalalallalallala" (damn lupa lirik plak)

info dikir barat: orang cakap Dikir Barat ni asal dari Thailand.

1997-1999: time nie lagu JIWANG!!! contoh lagu? HAHAHAAH jap nak ingat balik~ ok! aku bagi contoh band seperti Backstreet Boys, lagu2 eddy hamid dan sewaktu dengannya. Time 1997-1999 ada dua fasa. Selepas jemu mendengar lagu2 tu jiwa aku rasa nak cari musik lain plak. Inilah fasa 2, di mana aku mula beralih kepada ACAB, dan beberapa band Oi dan Punk di samping itu juga tidak lupa kepada Nirvana. Masa nie jugak la aku rasa cam nak belajar main gitar~



2000-2002: Masa nie aku mengenali sahabat yang mengajar aku gitar. ketika ini taste muzik beralih kepada Metallica. Paling best bagi aku adalah concert S&M: orchestra! Nice~ dan mula beralih kepada muzik rock dan metal!


2003-2006: Pada fasa ni aku da main gitar. Jadi reference muzik aku adalah kepada Guitar-Guitar hero seperti Steve Vai, Malmsteen, Joe Satriani, Paul Gilbert, John Petrucci dan sebagainya. Terbaik adalah concert G3: Live in Denver!


Selingan; ketika ini juga aku mempunyai band; mula dgn The Tab (duo with vox Ajax), selepas itu Kohoth (nie band paling lama aku stay sebelum ke Korea), Namu (band di Korea Sus:Vox, Asif). Sekarang aku tiada lagi band sebab Sus, Asif dah pulang ke negara masing2.

Pengalaman main gig tu ada la sket2... Tp bagi aku band Kohoth x kisah sgt pasal gig; kitaorang more to friendship~







2008-sekarang:- Aku da x dgr sgt da muzik... main muzik pun jarang sgt~ lagu2 aku layan sekarang lebih kepada lagu2 alam, movie soundtrack dan Maher Zain. Jarang jugak la layan lagu~ tgk movie banyak HAHAHA. Ok... STOP~

ALL IN?: I fold
www.tips-fb.com

75 Cerita yang aku SUKA!!!

Yang mana aku Highlight adalah TERBAIK bagi aku (recommended) 
1. Identity
2. 11:14
3. Momento
4. The Prestige
5. The Number 23
6. Lucky Number Slevin
7. Butterfly Effect 1,2,3
8. City of God
9. Inside Job
10. 1408
11. Frequency
12. Mad Money
13. Catch Me If You Can
14. Death Note 1,2
15. 9 Dead
16. Human Planet (Season 1) (dokumentari)
17. Waste Land (dokumentari)
18. Oldboy
19. The Machinist
20. Mr. Brooks
21. Apocalypto
22. Blood in Blood Out
23. Blood Diamond
24. Deadliest Warrior (season 1&2) (dokumentari)
25. eXistenZ
26. Ghost Ship
27. Inside Man
28. Ocean 11,12
29. Talhotblond (dokumentari)
30. Slumdog Millionaire
31. Superbad
32. Swordfish
33. The Terminal
34. Snatch
35. Zathura
36. Cast Away
37. Triangle
38. Back to the Future 1,2,3
39. Bedazzled
40. Run Lola Run
41. Insomnia
42. Infernal Affairs
43. Secret Window
42. Space Travelers 
43. The Village
44. Heroes (TV)
45. Liar Game (TV)
46. My Bos My Hero (TV)
47. Futurama (TV)
48. Tru Calling (TV)
49. CJ7 ( The Cartoon 2010)
50. Coming To America
51. Idiocracy
52. School of Rock
53. Tropic Thunder
54. Airplane!
55. Echelon Conspiracy 
56. A.I. Artificial Intelligence 
57. Battle Royale 1
58. The Arrivals (dokumentari)
59. 21
60. 3 Idiots
61. Paycheck
62. The Shawshank Redemption
63. The Island
64. Case 39
65. GTO
66. Constantine
67. Spiderman
68. Avatar
69. Transformers
70.  Hero
71. Chicken Run
72. The Forbidden Kingdom
73. The Divine Book (dokumentari)
74. The Bank Job
75. Vantage Point


ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

My GAME: Sejarah dan Pengalaman

Mengimbau kembali sejarah, pengalaman dan kenangan pahit manis dalam subjek kali ini iaitu: GAME. Apa yang ditulis adalah berdasakan kisah benar (LOL) sejarah perkembangan evolusi game yang aku lalui. Game yang aku maksudkan adalah electronic game bukannya board game atau outdoor game. Lets BEGIN. Player 1; press the START BUTTON >

1992: Ini adalah tahun pertama! Masa nie umur aku 8 tahun. Selepas berjaya memujuk ayah; aku dapat satu hadiah game "console" iaitu:-


INFO: Sedikit sejarah mengenai game "TETRIS". Tetris adalah puzzle video game yang direka dan diprogramkan oleh Alexey Pajitnov yang berasal dari Soviet Union. Di keluarkan pada June 6, 1984.

Ok. Berbalik kepada cerita aku, game nie ada banyak level namun aku tidak pernah berjaya menghabiskan level terakhir. :( Namun game ini adalah game pertama dan begitu banyak kenangan kerana ia juaga adalah hadiah :D Cuba kita lihat zaman sekarang; apakah Game yang budak2 berumur 8 tahun main? PS3, XBOX, PC game, Wii, dan sebagainya. WOW!!!  Bandingkan dengan TETRIS ni? ROFL. They pwn me! -OWNeD-

1996: Umur masa nie 12 tahun. Dulu tetris solo player; sekarang da bleh main game secara ramai2 ataupun 2 orang. Tanpa membuang masa lagi; mempersembahkan benda ajaib di zaman aku dulu yang menjadi kegilaan budak2. Info tambahan: aku pernah tengok ayah member aku pun main. LMAO!!! Ok memperkenalkan:-



WARNING: Ini bukan kaset!!!


Macam PS1; ini design baru selepas PS1 keluar, console yang sebenar untuk "Cartridge Game Console" lebih classik~ sedikit info: Bermula 1970-1990 kebanyakkan home-video game adalah bersistemkan cartridge, Selepas itu teknologi menggunakan CD, banyak syarikat2 game yang besar2 telah beralih kepada teknologi CD.

Berbalik kepada pengalaman aku; masa nie selalu je gi main game nie umah Arwah Najhan dan Arwah Idham. (teringat plak kat dua orang sahabat ini. Semoga Allah merahmati kalian)

1998: Ketika ini era PC game aku telah bermula. Ketika ini juga level of friendship telah melangkah kepada beyond imagination~~~ my BEST gaming buddy:-


Sedikit info mengenai salah seorang gamer yang di kategorikan sebagai LEGEND; with all respect! ~Salute~

In game name: Eruadan (present game)
Gaming experience: more than 20 years
Famous for: Zombie Ate my Neighbour, Bomberman, Digimon
Favorite Games: Red Alert, Bomberman, Allods Online
Special: spend more than 24th hour in cc- pure grinder-hardcore-gain high respect in gaming community- known as HARDCORE ERU 



Ok!!! jom kita tgk game apa yang selalu kitaorang main pada masa nie:-





Sebenarnya banyak lagi game yang main masa nie tapi nak senarai semua banyak sangat; tapi 3 game nie sangat mengimbau kenangan... huhu. Masa cepat berlalu; 1997-1999 boleh dikatakan zaman kegemilangan PC game. sehingga pada suatu hari di tahun 2000.


2000: Masa nie zaman SONY PLAYSTATION. PS 1 ke PS 2. Terlampau banyak game! Tetapi game paling banyak main masa nie adalah:-



Kami mula bermain Winning Eleven 3 sehingga TERBARU (2011). Sedikit info: Winning Eleven adalah keluaran syarikat KONAMI bermula pada tahun 1995. Untuk versi America dikenali sebagai Pro Evolution Soccer. 

Dan gamer pilihan untuk zaman ini tidak lain tidak bukan adalah:-


Nama (in game): ED
pengalaman bermain Winning Eleven: lebih dari 13 tahun

Beliau adalah pemain Winning Eleven terbaik di Kelantan khususnya, dan pernah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Winning Eleven se-Malaysia yang bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang disertai oleh lebih kurang 100 pemain PES/Winning 11 serata Malaysia


2008-2011: Pada masa nie aku sudah meninggalkan PS3 sebagai game console dan kembali kepada PC game. Iaitu ONLINE GAME! Mungkin agak lewat namun jom check game Online yang aku main:-


1st ONLINE game aku main!!! RUNES of MAGIC. susah nak lupa game nie sebab terlampau banyak nak cerita kenangan kat sini~ lebih2 lagi; kalau perhatikan betul2 gambar di atas... siapakah sebelah aku itu? hahahahahahha dannnnn gamer untuk zaman ini jatuh kepada my WIFE! kerana sudi menemani aku lepak dalam game sekali, dia farm aku pau. PWN! namun setelah terlampau lama main game nie kami mengambil keputusan untuk bersara... :(((

Next....


DOTA. Game yang aku main bukan sebab graphic tetapi GAMEPLAY. Malas nak hurai banyak tapi credit juga kepada gamers seperti:-
1. hamakijuki
2. eksyen kame
3. channel ppmk
4. all the seinz,gg,

Seterusnya aku pegi ke satu game yang lama gak kitaorang main. memperkenalkan:-



ALLODS ONLINE!!!

Free game. Nak cerita tunggu entri lain kali plak. Panjang gak cerita dia macam allods. Di pendekkan cerita check video kat bawah :)))

Pegembaraan aku :-


Antara game2 yang mengimbau kenangan adalah ketika di ss2 bersama piko, joe n taiman seperti:-

1.PES
2. COUNTER STRIKE
3. AGE OF EMPIRE

Inilah sedikit-sebanyak mengenai pengalaman dalam subjek game ^^.
Sekarang nie aku jarang sangat dah main game

-GAME OVER-


My Gaming Spec:-



TopSync : 24' inch Monitor
Jooyontech: 21' inch Monitor
AMD Athlon 64 X2 Dual Core Processor 4200+ 2.20GHz
4GB RAM
Windows 7 Ultimate 32-bit Operating System
NVIDIA GeForce GTS 450
LG mouse (PID)
Cosy keyboard


(NOOB spec HAHAHA) 
:D


ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

Aku Malu Jika...

Aku malu jika aku makan nasi dengan ayam,
Ibu bapa di rumah makan nasi dengan garam.

Aku malu jika boleh bekerja dari pukul sembilan pagi sampai pukul enam petang,
Tetapi tidak boleh nak cukupkan 5 waktu sembahyang.

Aku malu jika sanggup mengaji di sekolah dan universiti bertahun-tahun lamanya,
Tetapi hanya mengaji Quran sekali dua dalam setahun sahaja.

Aku malu jika begitu cepat melihat salah orang,
Sedangkan silap sendiri selalu di ketepikan.

Aku malu jika menganggap diri ini penuh dengan ilmu,
Sedangkan terlampau banyak lagi yang tidak aku tahu.

Aku malu jika aku lebih takut kepada orang,
melampaui ketakutan kepada Tuhan.

Aku malu jika begitu hebat dilihat sebagai "keyboard warrior" melontarkan pelbagai idea dan peringatan,
Walhal, cuma ingin di sanjung, di angkat orang.

Khamis / 11:51Pm / 28.4.2011


ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

Gi Busan, Jumpa Kawan






Busan; antara bandar yang best untuk lepak. Bandar tepi pantai. Agak banyak kali juga da sampai Busan. One of my fav city ^^ terima kasih kepada P.lah kerana belanja makan di Seoul Jib dan Fish & Grill~

info BUSAN: 
Mempunyai 15 daerah. Populasi: 3,574,340 dan saiz 766.12 km2
Bandar Metropolitan kedua terbesar selepas Seoul, pernah menjadi host kepada 2002 Asian Games, Apec 2005 dan 2002 FIFA World Cup. Mempunyai Departmental Store TERBESAR di dunia ;Shinsegae.

ALL IN?: I fold
www.tips-fb.com

Formula Matematik T3rbalik - Suatu Perkongsian

Formula Matematik T3rbalik - Suatu Perkongsian


WARNING: Mungkin aku silap kira



Salam semua... mungkin entry nie agak panjang so tanpa membuang masa ayuh kita lihat dan sama-sama mengira satu formula matematik terbalik. Untuk mengiranya aku telah membuat satu carta yang aku gelarkan "Buku Sifir Bakal Ibu Mertua":-



(ini adalah rate standard yang aku tetapkan berdasarkan pengalaman dengan mengetepikan faktor-faktor kekayaan bapa anda, perkahwinan artis, ketamakan bakal ibu mertua anda dan sebagainya. Rate mungkin berbeza-beza dan kebarangkalian untuk menjadi lebih tinggi itu banyak dan lebih rendah juga tidak mustahil)



Aku mengemukakan satu formula dengan berpandukan buku sifir dia atas:-


SIFIR WANG HANTARAN + PELBAGAI KOS LAIN=
NO BERTUAH ANDA DALAM RINGGIT MALAYSIA


Nota: pelbagai kos lain merujuk kepada kad kahwin, nak renovate rumah, hantaran, baju, pelamin untuk bersanding (bagi yang nak follow cara agama lain), dan juga pelbagai persiapan yang boleh kita anggarkan maybe paling murah RM5,000. Murah sgt? OK kita katakan RM7,000. Setuju?

Bila diterjemahkan formula itu kepada nombor:

WANG HANTARAN RM7,000 (mengambil angka pertengahan bagi berlaku adil) +
PELBAGAI KOS LAIN RM 7,000= NO BERTUAH ANDA RM 14,000

untuk mengira dengan selamat aku tambahkan RM1K sebagai duit back-up kalau ade apa2 so TOTAL= RM15,000


So tu adalah harga standard kena ada kalau nak kahwin adalah RM15,000

Bagi yang kaya sila baca sampai sini sahaja kerana pengiraan selepas ini adalah untuk org2 yang miskin macam aku

Katakan kita start kerja umur 23, sebab maybe baru abis belajar or baru dapat kerja. Jom kita kira bilakah kita dapat menyediakan no bertuah itu dengan sendiri?

GAJI SEBULAN: RM1,000~RM1,500


bleh simpan berapa agak2 sebulan selepas tolak sewa rumah duit makan tambang bas @ minyak motor dan bla..bla..bla... ape??? duit gaji pun xcukup terpaksa pinjam member bila hujung bulan? oooo.... ok2 kita save rm300 sebulan nak? bole kot...

RM300(secara konsisten) x 50 bulan @4.16667 tahun= RM15,000

so 23+4=umur 27 @28 bleh la kita kahwin

kalau nak short cut: LOAN

Apa yang aku nak berkongsi disini adalah janganlah tekan2 sangat pasal duit kepada bdk2 yang baru je kerja.. kesian.. bila org masuk merisik first tanya kerja apa??? bagus la sebab xkan nak bagi anak dara makcik makan pasir kan? pastu tanya pakai kereta ape???? pastu letak hantaran tinggi2 sebab 1.terpengaruh ngan cerita puteri gunung ledang 2.sebab anak jiran dah tinggi hantaran masa kahwin dulu. Yeah makcik!!! lawan tetap lawan! 3. Mana bole anak oi.... akak dia kahwin dulu pun camtu harga dia... ye la akak dia kahwin ngan anak org kaya.... kita??? nak makan roti ngan kaya sebulan pun susah .

Teringat plak cerita dulu-dulu yang famous gak:-

Bakal Mak Mertua: Anak kerja ape?
Wakil: Kerja driver je...
Bakal Mak Mertua: ooo.. sorry la ye.. anak saya tu dah ada org yang nak.. supervisor kat kilang dia kerja
Wakil: Oh yeke...Ok bye

Bakal Mak Mertua:(hmmmm.... keja driver nak bagi makan apa nanti anak aku?) huhh!

Wakil: (anak aku kerja driver kapal terbang tapi nape org xnak...huhuhu)

Wahai ibu-ibu tersayang! Apa kata kita tanya budak tu sembahyang cukup tak? Bleh ke agak2 nak pimpin anak aku nie dunia akhirat? Bab makan tu xyah risau la makcik woiii Tuhan ada.. kalau rajin dan halal rezeki dicari sikit pun cukup. Kalau banyak pun xhalal nak buat ape? Lapar sgt ke anak makcik2 sekalian? Pernah ke dalam sehari anak makcik xmakan ape2 langsung??? Tgk entry gua dah jadi panjang sebab membebel.... Tgk balik la pernikahan zaman moden sekarang... begitu gah dimata kita tp sampai bila? Bahgiakah mereka? atau cuba memuaskan hati org lain? Betul jodoh pertemuan ditangan Tuhan... tp sementara Tuhan bagi peluang kenapa kita mengucar-kacirkan keadaan?


Aku tinggalkan anda semua dgn sesuatu:-

Rukun nikah mengandungi 5 perkara:

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. Dua Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul

ALL IN?: I call!
www.tips-fb.com

Anda juga mungkin meminati...