Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?55:13

Berhari Raya Aidiladha





Kali nie cuma sempat berhari raya di rumah Sumaiyah... Terima kasih kerana sudi menjemput kami dan menyediakan masakan yang sedap... Hari Raya yang penuh bermakna tetapi kekurangannya tiada keluarga dan rakan-rakan bersama. Peace...

ALL IN? :  I fold.
www.tips-fb.com

Art Of "Noob"




Kawan-kawan semua photographer hebat2... nak beli kamera macam mereka xmampu... jadi aku cuba try untuk guna kamera digital murah untuk ambik gambar.... Quality? xmampu menandingi mereka... Skill? lol~ buat lawak ke ape nie... so ape yang ader? Noob! www.tips-fb.com

Pengorbanan Memerlukan Kesabaran...



Salam Aidiladha atau dengan lebih sinonim lagi Selamat Hari Raya Korban. Bercakap soal Hari Raya Korban terdetik rasanya ingin menulis mengenai pengorbanan. Ini bukan pengorbanan aku tetapi aku terfikir berapa ramainya orang yang sanggup bekorban demi melihat kebahagian aku.

Ibu Bapa, adik- beradik, saudara mara dan rakan-rakan. Terlalu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan sehingga tidak mampu untuk diterjemahkan melalui tulisan. Namun semua pengorbanan kalian kekal tersimpan di dalam diri ini sehingga akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua dan hanya Allah yang mampu membalas semua pengorbanan kalian.

Sambil mendengar takbir di youtube, mata melihat facebook, dan jari menaip di google wave aku tertanya-tanya juga apakah pengorbanan aku kepada mereka? www.tips-fb.com

Wasiat




1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat akan kata-kata hikmatnya darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih kawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari kerelaan manusia janganlah harapkan sangat keredhaan Allah darinya.

www.tips-fb.com

Open Your Eyes



Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


www.tips-fb.com

Daegu-Busan-Daegu

Trip yang best

thanks to Asif dan 3 pelancong Malaysia www.tips-fb.com

Interview


Q: Salam... Apa khabar?
A: Salam.. Khabar baik
Q: Sepatah kata menggambarkan kehidupan anda sekarang?
A: Syukur
Q: Bagaimana persiapan anda mengenai kehidupan selepas tamat belajar?
A: konflik, dilema dan buntu memelih keputusan diatas pilihan.
Q: Apakah nasihat anda untuk terus dalam kehidupan?
A: Sejauh mana kita berlari, suatu hari nanti kita pasti berhenti.
Q: Soalan terakhir.... saudara tidak pergi kelas ke arini?
A: Ops.. lupa plak.. on the way now.. bye... www.tips-fb.com

Korea

Apa yang aku belajar di Korea? Secara zahirnya aku sedang belajar pasal tourism.

Tetapi,

Hakikat sebenarnya aku sedang belajar mengenai kehidupan. Sebuah transformasi drastik kehidupan aku sendiri yang memerlukan jangka waktu yang panjang untuk difahami. Jujur aku katakan yang aku tersentak dengan apa yang aku lihat, dengan apa yang aku lalui, menyebabkan aku terpaksa berfikir kembali adakah selama ini langkah aku silap? ada ruang lagikah untuk diperbetulkan? Dimanakah perlu aku bermula? Dan persoalan ini terlintas di hati seorang perantau yang dahagakan perubahan baru dalam kehidupan~

www.tips-fb.com

Once Upon A Time


Once Upon A Time,
I had a dream,
Now?
I don't know..
www.tips-fb.com

2 Situasi 1 Pengalaman


Baru balik dari Incheon. Selama kat sana sgt2 happy sebab 1st dapat g Nami Island pastu ader event Annual Dinner kat Sindorim. Pengalaman kat Namisom sgt2 cool... selama kat Inha happy sangat2 xtau la nape... setiap detik dipenuhi aktiviti mcm2 main bowling, lepak2, edit gambar :p, layan lagu... gelak ketawa hahahhaa...

tiba-tiba!

terdetik pasni xde org dah sebab ramai balik Malaysia.. sedihnya.. banyak dah pengalaman macam nie aku lalu. Baru nak rasa serasi lepak, tiba2 kena blah... sama ada aku atau member2.

Teringat plak kat member2 di Malaysia. Kenapa aku rasa makin lama kita makin jauh? Makin banyak aku xtahu pasal korang... Walaupun ader internet.. face to face contact to aku rasa paling penting. Serius aku rasa jauh tertinggal... tiba2 rasa sunyi abis. sebab tu aku ada masa menaip lagi nie.

Kawan2 kat Malaysia... dah setahun lebih aku kat sini, kenapa kita rasa cam jauh??? baru setahun... ada lagi 2 tahun lagi kena aku lalaui kat sini. Adakah relationship kita masih lagi serupa kalau aku balik atau aku terkial2 seorang diri sebab terlampau tertinggal jauh.

BEstnya kalau korang semua ada dekat sini~


www.tips-fb.com

Anda juga mungkin meminati...